Tanggal 18hb Disember sehingga 20hb Disember 2017, Lembaga
Masjid Negeri Sembilan telah mengadakan lawatan kerja ke masjid-masjid
terpilih. Masjid-Masjid yang terpilih ini dipilih dari sudut kecemerlangan yang
merangkumi majoriti aspek-aspek pengurusan dan hal ehwal masjid. Oleh kerana
itu, pihak Lembaga Masjid Negeri Sembilan mensasarkan masjid yang pernah meraih
kejohanan dalam Anugerah Masjid Malaysia 2014. Masjid yang terpilih tersebut
adalah :
- Masjid As Salam, Puchong Perdana, Selangor
- Masjid Sultan Yahya Petra, Machang, Kelantan
Faktor pemilihan dua buah masjid ini adalah memastikan para
eksekutif masjid dapat mengambil pengalaman-pengalaman berguna daripada pegawai
dan jawatankuasa masjid yang telah berjaya membuat anjakan paradigma untuk
masjid mereka sehingga dinobatkan sebagai masjid terbaik di Malaysia peringkat
daerah dan kariah. Semoga dengan berkat lawatan kerja ini, masjid-masjid yang
terbangun di Negeri Sembilan ini dapat meneladani aspek-aspek cemerlang dua
buah masjid di atas justeru mempengaruhi lebih ramai masyarakat khususnya peringkat
belia untuk mengimarahkan masjid. Sesungguhnya pihak belia ini lah yang menjadi
tunggak kejayaan sesebuah negara kerana kekuatan dan pemikiran yang segar ini
mampu membawa perubahan negara ke arah lebih cerah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan