Fidyah : Jangan diabaikan
Fidyah berkait rapat dengan ibadah puasa yang mana ada beberapa sebab
dalam puasa wajib yang kita tinggalkan akan dikenakan fidyah. Antaranya
meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia, sakit kronik berpanjangan dan
tiada harapan untuk sembuh, wanita hamil yang menyusukan anak terpaksa
meninggalkan puasa serta menangguhkan qada pausa sehingga tiba Ramadhan
berikutnya.
Fidyah adalah satu bentuk ibadah niyabah (gantian) yang diberi pahala
kepada pelakunya. Hukum menyempurnakan ibadah yang tidak sempurna adalah
wajib. Maka hukum fidyah adalah wajib seperti yang ditentukan syarak.
Firman Alllah SWT yang bemaksud,
“...dan wajib atas orang-orang yang
yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu
memberi makan orang miskin. Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan
(bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka ia adalah suatu kebaikan
baginya, dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik daripada kamu (daripada
memberi fidyah), kalau kamu mengetahui."
(Surah
al-Baqarah 2;184)
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud,
"Barang
siapa yang mati sedangkan dia masih mempunyai puasa Ramadhan yang belum
diqadanya,hendaklah diberi makan seorang miskin bagi setisap hari yang
ditinggalkan bagi pihaknya.”
(Riwayat
Imam Tirmizi)
Keadaan Orang Yang Dikenakan Fidyah atau Sebaliknya
- Seseorang yang meninggalkan puasa kerana sakit, maka wajib ke atasnya qada' puasa sebelum datangnya Ramadhan tahun berikutnya
- Seseorang yang menangguhkan qada puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya kerana cuai, menangguh-nangguh atau tidak mengambil berat, maka dia dikira berdosa dan diwajibkan membayar fidyah serta qada puasa mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
- Seseorang yang sakit secara berterusan hingga masuk Ramadhan berikutnya, maka dia wajb mengqada puasanya sahaja tanpa dikenakan fidyah.
- Seseorang yang meninggal dunia tetapi diketahui oleh waris sebenarnya mampu mengqada puasanya,maka warisnya sunat mengqada hari-hari yang ditinggalkan bagi pihaknya.
- Seseorang meninggalkan puasa kerana tua atau lanjut usia. Sekiranya dengan berpuasa akan membawa kesulitan kepadanya dan disahkan oleh doktor akan membawa kemudaratan, maka wajib membayar fidyah sahaja berlandaskan kesepakatan ulama.
- Seseorang yang mengalami sakit kronik berpanjangan dan disahkan doktor tiada harapan untuk sembuh,maka wajib membayar fidyah dengan kesepakatan ulama. Hal ini kerana puasa tidak lagi wajib keatasnya.
- Wanita hamil dan wanita menyusukan anak, jika meninggalkan puasa kerana bimbangkan kemudaratan anaknya dan dirinya, maka wajib membayar fidyah berserta dengan qada puasa mengikut jumhur ulama.
- Sekiranya seorang wanita yang kedatangan haid pada bulan Ramadhan kemudian tidak sempat menghabiskan qada puasa sehingga Ramadhan yang akan datang, maka wajib membayar fidyah dan tetap wajib mengqada puasa yang ditinggalkan.
- Bagi yang masih sihat fizikal mental, menggantikan puasa terlebih dahulu adalah afdhal kerana masih ada masa menjelang Ramadhan akan datang. Anda juga digalakkan untuk menyemak, merenungi dan mengingati kembali kewajiban ibadah puasa iaitu bermula dari awal usia baligh hingga kini, sama ada pernah ditinggalkan, telah diqadakan atau belum dan teleh selesai dibayar fidyahnya atau tidak.
Berapakah Kadar dan Cara Pengiraan Fidyah?
Kadar bayaran fidyah adalah berdasarkan harga secupak makanan asasi penduduk setempat. Kadar berikut berubah bergantung kepada kadar fitrah semasa yang akan diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan setiap tahun.
Untuk maklumat semua, kadar bayaran Zakat Fitrah Negeri Sembilan adalah sebanyak 1 gantang Baghdad bersamaan 2.751 kg. Oleh yang demikian, kadar fidyah adalah bersamaan ¼ gantang iaitu sebanyak 688 gram. Kadar fidyah yang diguna pakai oleh Pusat Zakat Negeri Sembilan (PZNS) ialah sebanyak ¼ daripada harga fitrah yang telah diwartakan.
Contoh Pengiraan Fidyah
Situasi :
Puan Azlin telah meninggalkan puasa sebanyak 5 hari pada bulan Ramadhan 1436H(2015), namun dia melambat-lambatkan qadanya sehingga datang bulan Ramadhan 1437H (2016), maka wajib bagi Puan Azlin membayar fidyah selain mengqada puasanya yang ditinggalkan.
Untuk mengetahui jumlah fidyah yang wajib dibayar oleh Puan Azlin dalam bentuk sukatan atau timbangan adalah seperti berikut:·
Jumlah qada puasa Puan Azlin adalah
kekal sebanyak 5 hari.
- 1 hari puasa yang ditinggalkan dikenakan 1 cupak beras atau bersamaan 688 gram.
- 5 hari puasa dikenakan 5 cupak (688 gram x 5 = 3438 gram bersamaan 3.43 kilogram). Sekiranya kadar fitrah pada 1437 H adalah RM 6.50,maka ¼ harga fitrah adalah bernilai RM 1.65.
Mohon jawapan.. Sekiranya dari akil baligh 1979 hingga 2017 selama 8 hri setiap tahun.. Berapa perkiraan nya.. Dan ganti tersebut ada yg telah berganti tapi lupa berapa dh ganti dn brape yg belum
BalasPadamBagaimana pula kalau dahtak ganti puasa berpuluhan tahun..x puasa sbulan sebab bersalin pada 34 tahun yg lepas wajib ke gandakan...
BalasPadamBagaimana jika tak ingat berapa hari puasa yang ditinggalkan dalam bulan ramadan setiap tahun..
BalasPadam