Deskripsi Program :
Program Kembara Dakwah Ustaz Don Siri ke-10 (akhir) ini alhamdulillah telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Masjid Dato' Klana Petra Dato' Haji Mubarak Al-Haj atau lebih dikenali sebagai Masjid Sg Landak, Ampangan.Anggaran peserta yang hadir ke program ini dalam 200 orang, yang terdiri daripada para pelajar, para JKKK Ampangan, orang awam dan lain-lain.
Ustaz Don bersama moderator beliau, Ustaz Mohd Nushi bin Dato' Mahfodz berjaya merungkaikan persoalan "Solat dan Infaq" yang mempunyai hubung kait antara satu sama lain.
Mereka menyeru kepada semua masyarakat untuk mendirikan solat dan menginfakkan harta di jalan Allah kerana solat dapat memberi nutrisi penting kepada rohani justeru melahirkan modal insan yang mempunyai karakter yang indah dan akhlak yang terpuji. Demikian pula infak dapat membantu ekonomi umat Islam agar Islam suatu hari nanti dijunjung tinggi oleh semua pelusuk masyarakat dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan